Monday, December 27, 2010
Friday, December 24, 2010
Monday, December 20, 2010
My new families member
Syukur Kehadrat Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata perempuan yang cukup comel kepada keluarga kami. makin berserilah keluarga kami insyAllah,. Semuanya telah ditentukan oleh Allah walaupun pada mulanya kami telah membuat imbasan (scan) sebanyak 4 kali (sebenarnya bukan bertujuan untuk tengok jantina yang akan lahir) dan keempat doktor telah mengesahkan bahawa bayi tersebut adalah lelaki. Kami tidak kisah sebenarnya yang penting bayi tersebut cukup sifatnya sebagai seorang manusia. Sehinggalah pada hari dilahirkan iaitu pada 27 Oktober 2010 tepat jam 0919 beliau dilahirkan kami masih tidak menghiraukan jantinanya kerana merasakan dia seorang lelaki. Sehinggalah jururawat yang bertugas bertanyakan kepada kami sila tengok bayi anda. Aku dan isteriku amat terkejut apabila mendapati bayi tersebut adalah perempuan. Aku laaa yang paling gembira hari tu hahahahhah. Ini semua menunjukan kekuasan Allah, kita hanya merancang Dia yang menentukan segalanya. Tiada kuasa yang dapat mengatasiNya, Syukur Alhamdulillah.
Arra Nur Khalisah
Subscribe to:
Posts (Atom)