Monday, December 20, 2010

My new families member

Syukur Kehadrat Allah  kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata perempuan yang cukup comel kepada keluarga kami. makin berserilah keluarga kami insyAllah,. Semuanya telah ditentukan oleh Allah walaupun pada mulanya kami telah membuat imbasan (scan) sebanyak 4 kali (sebenarnya bukan bertujuan untuk tengok jantina yang akan lahir) dan keempat doktor telah mengesahkan bahawa bayi tersebut adalah lelaki. Kami tidak kisah sebenarnya yang penting bayi tersebut cukup sifatnya sebagai seorang manusia. Sehinggalah pada hari dilahirkan iaitu pada 27 Oktober 2010 tepat jam 0919 beliau dilahirkan kami masih tidak menghiraukan jantinanya kerana merasakan dia seorang lelaki. Sehinggalah jururawat yang bertugas bertanyakan kepada kami sila tengok bayi anda. Aku dan isteriku amat terkejut apabila mendapati bayi tersebut adalah perempuan. Aku laaa yang paling gembira hari tu hahahahhah. Ini semua menunjukan kekuasan Allah, kita hanya merancang  Dia yang menentukan segalanya. Tiada kuasa yang dapat mengatasiNya, Syukur Alhamdulillah.   

Arra Nur Khalisah






Wednesday, September 29, 2010

Tua tetapi masih berfungsi

Walaupun papan tanda ini sudah tua tapi ianya masih berfungsi dan masih berkesan dalam menjalankan perananya. Contohilah ia

Monday, September 27, 2010