Monday, May 23, 2011

Berhati-hati dijalanraya

Hari ni lagi sekali aku tgk eksiden betol- betol depan mata aku,  kali ni moto langgar keta, bunyi mcm moto tu slah kan tapi mmg aku pon rasa moto tu salah sbb biasalakan pagi-pagi ni sumer org terkejar-kejar nak sampai ke tempat kerja sebab ada yang takut nanti punch kad merah (aku lah tu) dan mcm-mcm alasan lagi lah, bila mcm tu maka mcm2 ragam le pemandu kita ni baik bawak moto, keta, bas mahupun lori semua pakat nak cepat , aku pon dah sampai naik takut dah nak bawak moto sekarang ni tak macam dulu-dulu, maka datanglah hamba Allah ni bawak moto dengan pemboncengnya mencilok depan aku, tgh syok dok cilok-cilok tetiba kereta depan dia brek terkejut dan dia pon langgarlah belakang kereta tersebut sampai tergolek  le kedua-duanya kat depan aku, so aku pon berhenti dan tolong le angkat moto n tanya apa yg patut, aku tgk muka dia bengang tapi ada perasaan takut dlm diri diaorg tu, dia pon kuar ayat power dia tu " Ni apa brek mengejut ni *&**(##@#**#**" sampai aku plak yg bengan, sabor leee aku cakap bincang dulu, pemandu kereta tu pun keluar lah gak n dengan muka cool je dia mintak maaf n ajak bincang kat tepi jalan.

Aku pon blah le sbb diaorg pon dah besar, pandai-pandai le diaorg settlekan masalah diaorg tu, sebab kekadang kehadiran orang ketiga ni boleh mengeruhkan lagi keadaan ataupun kekadang kehadiran orang ketiga ni pon elok gak sbb boleh menjadi orang tengah, tetapi aku blah sbb aku takut kalau aku cakap benda yang betul ada yang tak puas hati, kalau aku cakap benda yg tak betul pun ada gak yg tak puas hati, so baik tak payah aku nak masuk campur, tapi sblom blah aku usha gak dari jauh takut takut bergaduh plak kan, Tapi aku tgk sumer settle cara baik diaorg salam pastu blah je maknanya masing-masing puas hati le tu.

Apa-apa pun yg penting kita kena berhati-hati dijalanraya, kekadang kita pon tak behati-hati dijalanraya masuk simpang tak bagi signal, lampu dah kuning n merah pon kita pecut masuk lorong bertentangan tak bagi signal dan macam-macam lagilah korang pikir sendiri lah, Bila eksiden ke orang langgar kita ke ataupun kita langgar orang ke kita nak marah orang tu pulak, padahal kita pon tak berhati-hati gak. Berhati-hati ni aku rasa kita kena amalkan bukan setakat dijalanraya malahan di mana-mana pon kita kena berhati-hati sbb kekadang orang -orang yg tak suka kita ni sentiasa menunggu masa untuk jatuhkan kita mcm gak syaitan yg sentiasa menunggu masa kita lalai untuk menjahanamkan kita, disebabkan kita terkena musibah disebabkan cuai dan tak berhati-hati kita nak salahkan dan marahkan orang pulak, maka time tu kita akan tunjukkan segala kebodohan  dan kedunguan kita yang selama ni orang tak tahu. So ingatlah ungkapan 'BERHATI-HATI DIJALANRAYA " ni mempunyai banyak maksud yang tersirat, so aku mintak berhati-hatilah tak kira dimana sahaja anda berada

No comments:

Post a Comment