Wednesday, April 20, 2011

Al-kisah Lori potong lori

Seronok balik dari kampung dan kembali bersemangat untuk memulakan kerja di tengah bandar yang sentiasa sibuk. aku memulakan perjalanan dari kelantan ke kuala lumpur pada jam 4.00 ptg memandang cuaca yang tak panas dan juga jalan dah kurang sibuk. Dalam perjalanan tersebut terserempak le dengan dua biji lori yang aku namakan lori A dan lori B yg sarat dgn muatan masing-masing, aku pon dengan sabar menunggu saat dan tika yang sesuai untuk memotong memandangkan kelajuan maksima masa itu hanya 30 km/j. Kalau aku tak potong kan pukul berapa aku nak sampai KL, tunggu punya tunggu punya sabar sampai le ke tempat yang ada lorong untuk memotong, Aku pon tanpa melepaskan peluang menukar gear rendah untuk mula memecut untuk memotong lori-lori yang aku rasa mula menganggu perjalanan aku ni.

Tetiba lori yang berada didepan aku ni lori B pon kuar tanpa memberi isyarat untuk memotong lori yg lagi sebijik (lori A). perghhhhhhhhh geram giler aku dia tu penuh muatan dan halaju maksimum yg dia pecut masa itu adalah 40km/j je, so aku dan kereta yang dibelakang aku pon dengan hati yg bengang follow je laaa mana tau kot kot sempat potong sebiji lori (lori A) pon ok le, follow punya follow hingga lah lorong yang di sediakan untuk memotong tu tamat dan lori B yang cuba untuk memotong lori A  tu masih tidak berjaya untuk memotong. Yang lagi bestnya lori A tu pon tak nak bagi jalan kepada lori B untuk masuk di depanya. so lori B ni pon terpaksa berhenti dan memberi ruang kepada lori A untuk meneruskan perjalanan. so kami yang dibelakang ni pon terpaksa berhenti sama, nak potong kan kereta dari arah bertentangan pon banyak gak, dah penat tangan tekan hon pon keadaan tak berubah gak, so terpaksa laaaa kami menunggu kereta yang dari arah bertentangan tiada untuk memotong kembali ataupun berdoa supaya lorong untuk memotong kembali lagi, aku tgk masa yang dicatatkan ada la dalam 30 minit gak kitaorg terpaksa follow lori yang aku anggap mmg mementingkan diri dan menyusahkan aku itu, nak aku langgar kan dia tu besar, aku ni kecik, nak sekat dia tgh jalan pastu ajak bertumbuk kan kena dia lagi besar dari aku berterabur gigi aku, lagipun aku bawak anak-anak dan isteri tercinta.

Aku tahu dan faham dia pon boring gak nak folllow lori A tu tapi sedarlah diri yg ko tu pon lori gak, so kitaorg yang kat belakang jadi mangsa kesombongan dan ketidaksedaran diri engkau tu. Moral dari cerita ini kalau kita ni ada kuasa ataupun org besar-besar la katakan kalau nak buat sesuatu benda tu fikir dulu kesanya kepada orang lain ataupun kepada orang-orang dibelakang atau dibawah kita ni, janganlah terlalu nak pentingkan diri sendiri meraih pujina ataupun nama dan tamak sehingga kita lupa siapa kita ni, Ingat kawan-kawan, kekadang kita diberi kesenangan atau kuasa oleh Allah bukan kerana dia suka kat kita tetapi kekadang dia bagi sebab dia nak bagi bala kat kita mintak dijauhkan semua tu, kita hidup ni kena saling ingat mengingati dan tolong menolong sebab itu semua yang akan menolong kita di akhirat kelak. Lagi satu kita buat apa-apa pun biarlah kena dengan kemampuan kita ni, kalau rasa-rasa dah tak mampu baik jangan buat terus ataupun tunggu dan sabar sehingga kita mampu, kalau tak kita memang akan menyusahkan orang lain disekeliling kita dan lebih teruk lagi ada yang akan tertindas nanti. Kalau kita dok kat dunia yang kecil ni pon nak membanggakan diri nak cantas mencantas dan hanya memntingkan diri sendiri maka apa nasib kita diakhirat kelak.......... Lu pikir la sendiri

2 comments:

  1. abe wa sure ko dlu arkitek? rajin blaja literature ke? hahaha. metafora terbaek ni.

    ReplyDelete
  2. ni berkat curi-curi baco novel time lecturer ajar kat depan, so aku dapat 2+1 le hahahah

    ReplyDelete