Thursday, April 21, 2011

Gelagat anak-anakku


Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, kekadang bila kita stress dan banyak masalah kita lepaskan pada diaorg yang tidak bersalah. cuba kita renungkan, mereka tidak mempunyai akal yg sempurna mcm kita kerana umurnya yg masih muda, adakah patut mereka diperlakukan sebegitu, tugas kita adalah mendidik mereka dan memberi sepenuh kasih sayang sehingga mereka besar dan boleh berfikir.
cuba kalau kita balik kerja penat-penat dan penuh masalah tu kita luangkan masa kejap tengok gelagat anak-anak kita tanpa pengetahuan mereka, pasti kita akan tersenyum dan ketawa bila melihat gelagat mereka yang baru hendak mengenali dunia ini.

Ingat kawan-kawan hanya kita yang boleh mencorak anak-anak kita ini, kalau dari kecik kita ajar mereka dengan rotan, dengan menengking dan yang paling penting tanpa mengikut ajaran islam maka tidak mustahil bila besar nanti mereka akan membalas balik kepada kita. Pada masa itu semuanya sudah terlambat, aku selalu mendengar cerita dari teman-teman yang bengang apabila tengok anak-anak memarahi dan menengking ibubapa mereka dikhalayak ramai, memang aku mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, tapi ada kemungkinan masa mereka kecik mereka telah terbiasa dengan keadaan itu, mungkin ibubapa mereka selalu menengking mereka tatkala mereka ingin bermanja dan ingin mendapatkan perhatian, ingat What u give u get back. 



No comments:

Post a Comment